Nikesh Mehta

Counsellor for Foreign Policy and Security

Part of UK in Malaysia

15th April 2013 Kuala Lumpur, Malaysia

Lady Thatcher dan Tun Mahathir: Pemimpin Gemilang

This post is also available in English

Former Malaysian Prime Minister Tun Mahathir signing a condolence book in memory of Lady ThatcherPada Rabu lepas, saya berpeluang untuk bertemu dengan mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, iaitu Y.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu lawatan beliau ke kediaman Pesuruh Jaya Tinggi British di Kuala Lumpur. Antara lain, lawatan itu adalah bagi beliau menyampaikan pesanan takziah ke atas pemergian mantan Perdana Menteri Wanita British pertama iaitu Lady Thatcher. Mesej Tun Mahathir serta komen-komen yang diterima menerusi rangkaian media sosial kami membuatkan saya terfikir mengenai persepsi Malaysia terhadap Lady Thatcher. 

Former Prime Minister Tun Mahathir's messageKebanyakan orang Malaysia juga mungkin akan masih mengingati pesanan Tun Mahathir mengenai polisi ‘Buy British Last’ yang diumumkan pada October 1981. Pada waktu tersebut, Tun telah mengumumkan bahawa Malaysia hanya akan membeli barangan buatan British sebagai langkah terakhir jika tidak terdapat sebarang produk dari Negara lain.

Dasar ini antara lain, diperkenalkan sebagai protes ke atas tindakan Kerajaan British pada waktu itu yang menaikan yuran pelajar asing serta keputusan yang diambil oleh London Stock Exchange.  Pada awal tahun 1982, Tun juga telah memperkenalkan dasar ‘Pandang Ke Timur’ bagi tujuan mempelajari pengalaman Jepun memperkasakan ekonomi mereka.

Walaubagaimanapun, keregangan hubungan di antara dua negara ini, tidak bertahan lama. Pada April tahun 1983, Tun Mahathir telah menarik balik arahan polisi beliau setelah satu lawatan di adakan oleh Tun bagi tujuan menjernihkan kembali hubungan di antara kedua pemimpin tersebut.

Hubungan rengang di antara kedua negara  berakhir secara rasmi apabila Lady Thatcher membuat satu kunjungan rasmi ke Malaysia pada tahun 1985. Ini adalah lawatan pertama seorang Perdana Menteri Britain ke Malaysia selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Saya berasa tersentuh dengan gaya penggunaan bahasa beliau apabila melihat kembali kepada semua teks ucapan yang dilakukan oleh Lady Thatcher sewaktu lawatan beliau ke Malaysia. Ucapan-ucapan tersebut  menggambarkan keutuhan hubungan dua hala Malaysia dan UK serta padangan peribadi beliau yang menyanjungi peribadi kental Tun Mahathir.

Dalam perkara yang sama, kedua pemimpin tersebut juga telah mengadakan perbincangan yang menarik mengenai polisi antarabangsa yang berkaitan dengan Komanwel serta triti Antartik. Pada tahun 1989, Tun Mahathir telah bersetuju untuk Malaysia menjadi hos kepada Persidangan Komanwel. Dalam perkara ini, LadyThatcher berpendapat persidangan Komanwel ini adalah yang terbaik yang pernah beliau hadiri.

Saya teruja dengan satu pandangan yang pernah dinyatakan oleh Lady Thatcher mengenai Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh Tun.  Beberapa tahun lepas, ada ramai di Britain yang mengeluh mengenai polisi Malaysia yang menggalakan ahli perniagaan mereka untuk memandang ke Timur. Namun TYT memberitahu saya, memandang ke arah timur itu tidaklah bermaksud hanya membeli dari Timur.

Namun dengan kesungguhan yang ditunjukan oleh Malaysia hari ini untuk menerima kembali industri British, saya yakin ini akan banyak mengundang perniagaan British yang mahu melabur di Malaysia. Dan satu lagi TYT, walaupun TYT akan memandang ke Timur atau mungkin melancong ke Timur, namun TYT tetap akan sampai ke Barat juga.

Pada pandangan saya, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Lady Thatcher dan Tun Mahathir mempunyai banyak persamaan di antara mereka. Kedua-duanya dilahirkan pada tahun yang sama (1925) dan mempunyai latarbelakang sederhana. Kedua-duanya merupakan Perdana Menteri selebriti pertama di dunia dengan persona media yang menjangkau batas negara. Mereka juga individu berkarisma dan patriotik serta dianggap mempunyai pemikiran tersendiri. Tidak boleh dinafikan bahawa kedua-duanya memainkan peranan penting dalam melakar sejarah negara.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa kedua-dua negarawan ini saling menghormati di antara satu sama lain. Di dalam autobiografinya, Lady Thatcher mengatakan: ‘…Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir dan menghormati beliau. Beliau tabah,bijak dan praktikal. Visinya juga sangat jelas.

Tun Mahathir juga menulis dalam buku beliau: ‘Secara peribadi, saya mempunyai hubungan yang baik dengan Baroness Thatcher… Beliau  telah melakukan sesuatu yang menakjubkan dalam memulihkan semangat Britain. Beliau melihat negaranya seperti saya melihat Malaysia. Kami berdua mengimpikan negara kami untuk berjaya.’

Justeru, setelah 28 tahun semenjak kunjungan pertama Lady Thatcher, di aras manakah kedudukan hubungan dua hala UK-Malaysia sekarang berada?

Pada pandangan saya, hubungan di antara kedua negara kita adalah berada di tahap yang terbaik. Kita telah menyaksikan lebih banyak kunjungan Diraja dan Menteri dari UK dalam dua tahun yang lepas berbanding dengan dua dekad sebelum ini. Kita juga berada di atas landasan yang betul untuk terus mencapai kadar pelaburan dan perdagangan dua hala yang terbaik.

Ucapan Lady Thatcher amat bersesuaian di dalam menyimpulkan hubungan di antara kedua negara kita: ‘…Malaysia adalah rakan yang tersendiri: sebuah negara merdeka yang mempunyai tempat istimewa di hati kami. Justeru, harapan kita adalah untuk terus menjalinkan hubungan sama rata serta persahabatan yang kukuh di masa-masa akan datang’

Anda dijemput untuk berkongsi mesej belasungkawa di laman Facebook kami. Pihak kami akan mengumpul semua mesej anda dan akan menghantarnya kepada keluarga Lady Thatcher.

About Nikesh Mehta

Nikesh (Nik) Mehta commenced his posting as Counsellor (Foreign Policy and Security) at the British High Commission in Kuala Lumpur in January 2012. This new role was created to strengthen…

Nikesh (Nik) Mehta commenced his posting as Counsellor (Foreign
Policy and Security) at the British High Commission in Kuala Lumpur in
January 2012. This new role was created to strengthen the British
Government’s relationship with Malaysia on issues such as Counter
Terrorism, Counter Proliferation and Transnational Crime.
Nik joined the Foreign Office in 2002 after nearly three years
working as a teacher in rural Japan. His first experience of culture
shock was trying to explain why he was vegetarian to a group of
sceptical Japanese students. Nik spent a year on the NATO desk in London
before serving in the Coalition Provisional Authority as the Political
Officer for southern Iraq based in Basrah.
In 2004, Nik was appointed as Second Secretary (Political) in Kampala
primarily responsible for reporting on conflict with the Lord’s
Resistance Army, the ensuing humanitarian crisis and the subsequent
peace talks in Juba. The posting was particularly poignant for Nik’s
family as his mother, a Ugandan-Asian, was expelled from the country by
Idi Amin’s forces in 1972.
For the last four years, Nik has served in the Foreign Office’s
Counter Terrorism Department, most recently as Head of the Guantanamo
and Rendition Issues Team.
Nik is in Kuala Lumpur with his Australian wife, Anna, and their
three year old son, Arran. You can follow him on Twitter @nikmehta33.

Follow Nikesh